PENGENALAN
Dalam
masyarakat era informasi, faktor jarak dan masa tidak lagi menjadi penghalang
untuk mencapai sesuatu maklumat. Oleh yang demikian rangkaian komputer menjadi
sangat penting untuk membantu dalam memperolehi dan memberikan maklumat atau
data dalam masa yang singkat. Rangkaian komputer membolehkan penggunanya
mendapat maklumat dengan komputer peribadi melaui rangkaian setempat ( LAN )
sehingga ke rangkaian antarabangsa (Internet).
Rangakaian
komputer bermaksud sumbungan dua atau lebih perkakasan komputer yang terpisah
secara fizikal tetapi disambungkan secara operasinya. Rangkaian juga merupakan
satu sistem perkongsian alat (pencetak dan CD-Rom), perisian, pertukaran
maklumat dan komunikasi. Maklumat dapat dipindahkan dalam rangkaian melalui
kabel, gelombang radio, pancar infra merah atau satelit.
No comments:
Post a Comment